Salam Semua Sahabat....
Kebelakangan ni saya kerap
mengirim email lebih kepada ilmu perniagaan..sebab sharing is caring (^_^)
Hari ini saya akan berkongsi bagaiman untuk bebas dari hutang! Oleh itu anda mempunyai duit lebih untuk
menikmati hidup yang lebih baik. Dan saya buatkan satu sistem yang boleh anda
ikut.
Biasanya sistem yang mudah adalah yang terbaik. Dan saya rasa ianya termasuk cara melenyapkan hutang. Dalam masa beberapa tahun saya telah mencipta pelbagai sistem, dan saya akan memperkenalkan salah satu sistem saya yang terbaik kepada anda ;)
Biasanya sistem yang mudah adalah yang terbaik. Dan saya rasa ianya termasuk cara melenyapkan hutang. Dalam masa beberapa tahun saya telah mencipta pelbagai sistem, dan saya akan memperkenalkan salah satu sistem saya yang terbaik kepada anda ;)
Anda perlu kuatkan semangat
untuk mengikuti 10 langkah berikut.. dan matlamat anda untuk bebas daripada
hutang pasti akan tercapai.
1. PERIKSA rekod perbelanjaan untuk tempoh 12 bulan. Setahun adalah jangka masa yang tepat untuk melihat apa yang berlaku. Jadi lihat semua perbelanjaan, penyata bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja rekod yang anda ada.
Dan untuk perbelanjaan yang
menggunakan wang tunai, bawa buku nota untuk beberapa minggu dan tulis semua
perbelanjaan anda, walaupun untuk membeli goreng pisang makcik. Akhirnya, anda akan dapati betapa sedikit akan menjadi bukit. Saya telah mencubanya dan
memang boleh dapat angin akhmar... hehe
2.
KIRAKAN jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan,
dengan mencampurkan semua bil yang perlu anda bayar dalam sebulan.
3.
TULISKAN senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupa masukkan
sekali ansuran rumah. Telefon bank jika anda tidak pasti berapa hutang yang
anda ada.(Pastikan ada selalu kemas kinikan rekod senarai hutang ini)
4.
BUAT SENARAI pembayaran minima yang perlu anda lakukan setiap
bulan. Katakan anda perlu membayar RM2000 setiap bulan.
5.
TENGOK BAKI yang perlu anda bayar, dengan anggapan bahawa anda
membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.
6.
SENARAIKAN hutang anda supaya hutang yang sedikit diatas sekali,
dan yang banyak terletak dibawah. Jangan lupa senaraikan semua hutang anda.
Contohnya:
1)Hutang Tv plasma
RM2000
2)Hutang kad kredit RM5,000
3)Hutang kereta RM50,000
4)Hutang rumah RM100,000
7.
Sekarang anda perlu 'MENYERANG' untuk membayar hutang yang
sedikit dahulu. Buat keutamaan untuk habiskan hutang yang sedikit dahulu (tv?)
dan akhir sekali hutang yang agak besar, contohnya kereta atau rumah.
8. Pada langkah Nombor 4,
anda telah kirakan jumlah minima hutang
yang perlu anda bayar setiap bulan iaitu RM2000. Sematkan di minda
anda untuk tambahkan sebanyak 10% daripada
jumlah tersebut, iaitu RM200!
9.
Untuk mempunyai tambahan RM200 untuk membayar hutang, kurangkan RM200 daripada
perbelanjaan, dan simpan untuk membayar hutang.
Cuba fikirkan semua cara
untuk mengumpulkan RM200 ini. Anda perlu berbincang dengan keluarga anda apa
yang perlu dan tidak perlu dibeli. Contohnya jika anda selalu makan diluar,
cuba kurangkan. Jika anda merokok, cuba berhenti. Jika anda berusaha, pastinya
anda temui jalan untuk jimatkan paling kurang RM200 sebulan.
10. Gunakan wang tambahan RM200 ini untuk membayar hutang No.1 anda yang kecil dahulu. Jika anda membayar RM100 sebelum ini, sekarang anda bayar RM300 (RM100+RM200). Apabila habis hutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan bayaran kepada hutang kedua. Jika sebelum ini anda membayar RM200 untuk hutang kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) selepas hutang pertama habis. Ianya akan memberikan impak maksima untuk melangsaikan hutang anda dengan cepat. Teruskan penambahan sehingga ke senarai yang terakhir.
Dengan cara ini anda akan
bebas dari hutang dalam masa beberapa tahun. Kelebihan daripada sistem ini
bermula hanya daripada RM200 yang anda jimatkan, dan ianya bertambah sebaik
sahaja hutang pertama anda habis.
TUAN/ PUAN, gunakan teknik ini dan anda pasti terkejut
dengan hasilnya dalam masa beberapa tahun akan datang. Dan jangan biarkan
anak-anak anda sengsara kerana terpaksa menanggung semua beban hutang anda nanti.
Demi Kejayaan Bersama,
Ismadi Bin Maharop – IBM
Dipetik drpd Risalah Jutawan Internet (Sujairi Saidali)
No comments:
Post a Comment