Motivasi



7 MENTALITI USAHAWAN BERJAYA

1. Mengesan peluang
USAHAWAN SEJATI  memang cepat menghidu sesuatu peluang. Lebih cepat menghidu suatu peluang itu maka peluang untuk mendapat keuntungan pun semakin besar kerana kalau lambat mungkin pesaing telah wujud dan ini boleh mengurangkan jumlah keuntungan yang diperolehi.

2. Hapuskan halangan minda
Ya! Halangan dalam usaha memang banyak. Tapi semua itu dapat diatasi sekiranya kita dapat mengatasi satu halangan ini iaitu 'halangan minda'. Halangan minda terbesar ialah tidak percaya dengan kebolehan diri sendiri menyebabkan langkah pertama pun sukar untuk diambil. Tanpa langkah pertama, bagaimana agaknya untuk melakukan langkah-langkah berikutnya.

3. Tingkatkan kebolehan belajar
Kita mesti cepat belajar. Semakin cepat belajar maka semakin cepat kita boleh lakukan. Cuma nasihat saya, jangan belajar terlalu banyak tanpa melakukan tindakan. Cara terbaik ialah belajar dan terus praktikkan.

4. Keluar dari zon selesa
Yang dimaksudkan dengan keluar dari zon selesa ialah sentiasa mempelajari skill lain. Contohnya kalau selama ini kita telah selesa dengan blogging, mungkin kita belajar pula affiliate. Kalau selama ini kita telah belajar affiliate, mungkin sekarang belajar mencipta produk sendiri.

5. Bina jambatan ilmu
Ini boleh dilakukan dengan mengembangkan rangkaian kenalan kita di kalangan mereka yang  berpengetahuan. Dengan mengembangkan rangkaian makan kita  boleh mempelajari pelbagai ilmu lain daripada orang lain.

6. Melabur untuk minda
Saya rasa ini ramai yang sudah sedia maklum. Pelaburan ini boleh dilakukan dengan membeli bahan maklumat terkini dan menghadiri kursus-kursus tertentu. Pelaburan minda kalau diaplikasikan akan membawa pulangan yang lumayan.

7. Bersyukur
Ya! Dengan cara bersyukur kita akan lebih kenal dengan anugerah yang telah diberikan kepada kita untuk kita majukan lagi diri kita.



APA YANG BERMAIN DALAM KEPALA USAHAWAN BERJAYA?

Dalam perniagaan perlu kah seorang usahawan itu berani? Mereka yang berjaya dalam perniagaan, adakah mereka tak takut gagal & 100% positif sahaja? Dalam perniagaan, adakah segalanya mudah bagi mereka yang sudah hebat?

Jawapannya: Tidak, tidak & tidak!

Dari pengalaman saya berkawan dengan usahawan-usahawan berjaya, isunya bukanlah "keberanian". Sememangnya ada rasa gemuruh bila nak mulakan perniagaan, atau menyusun strategi perniagaan baru, atau melakukan teknik baru dalam perniagaan. tetapi, mereka lakukan sahaja anyway. 

It's not about being brave, it's about just doing it!

Usahawan tak takut gagal? 100% positif.... sudah pastinya tidak. Pastinya semua usahawan TAKUT GAGAL. Takut kepada kegagalan ini lah memberi motivasi untuk lebih banyak berusaha dan dalami ilmu perniagaan. Menjadi kreatif dalam merancang strategi2 perniagaan baru. 100% keyakinan sememangnya perlu, tetapi, hakikatnya mereka sering memberi ruang untuk kegagalan DIMANA strategi "back-up" juga disediakan... bak kata lain, Plan-B.

Adakah perniagaan mudah bagi mereka yang hebat? I think not... sekiranya anda lihat sekeliling juga terdapat ramai usahawan-usahawan yang selalu stress bukan? Semestinya, kerja untuk di lakukan adalah banyak dan bukan mudah. Tetapi, itulah kunci nya, mereka yang ingin berjaya akan memilih dan lakukan perkara yang susah- mereka tahu, rasa dan faham ianya susah, tetapi, mereka lakukan juga.

Kuncinya adalah, perasaan & keadaan usahawan yang berjaya dibandingkan dengan orang ramai adalah sama sahaja
Cuma, mereka berpegang kepada konsep Nike: Just Do It! 

Untuk menjadi usahawan yang berjaya, abaikan perasaan-perasaan yang ada dalam fikiran seperti takut, tidak yakin & fikir susah. Sememangnya perasaan itu sering bermain dalam kepala setiap usahawan diluar sana, tetapi, kita pilih sendiri untuk abaikan sahaja.
Bila anda bertemu peluang, yakin dan berazam serta yang paling penting USAHA or Just Do It, maka di situ nanti anda akan merasa hasilnya. Suatu kejayaan mahupun kegagalan setelah berusaha adalah suatu pengalaman yang amat berharga.

No comments:

Post a Comment